Wednesday, May 26, 2010

Siapakah AKU?

Apakah benar kau selesa dengan aku? Aku bukan seperti yang kau sangkakan. Aku tidak sempurna sebagaimana yang kau impikan. Tanpa sokongan dan kepercayaan daripada kau, aku sememangnya manusia yang lemah. Semua yang aku berikan kepada kau hanyalah angan-angan palsu; dusta semata-mata- mungkin.

Apakah benar kau memilih aku untuk menjadi teman hidup kau? Jadi, apa gunanya kau melayan kerenah ANJING KEPARAT di luar sana? Kemudian, tidak sedarkah kau bahawa aku tiada masa untuk mendengar segala cerita dongeng antara kau dan dia? Sekali lagi aku tanya, apa motif kau memilih aku?

Sedikit demi sedikit aku membenci kau sebagaimana kau mengumpul kesalahan aku sedikit demi sedikit. Tapi, apakah benar hati aku membenci kau? Sia-sia sajalah penantian juga impian aku jika selalu menitik beratkan kesalahan yang kau buat pada aku. Fahamkah kau 'saya tak kisah...' itu ditujukan supaya kau sendiri yang memahami diri aku tanpa aku beritahu?

Jikalau benar kau memilih aku bukan atas dasar terpaksa, aku akan berusaha untuk menjadi lelaki idaman kau.

* Cerita ini tiada kaitan pun dengan hidup aku. So, tak payah nak menilai ayat di atas.



Friday, April 16, 2010

Tips Memujuk Wanita

Ya! sudah pasti ramai yang tidak mengetahui cara-cara untuk memujuk wanita; bukan betina. Untuk pengetahuan pembaca semua, merajuk adalah salah satu sifat terpenting bagi mereka. Kita sememangnya tewas tanpa bertanding jika kaum wanita mengalirkan air mata kerana ia merupakan senjata hikmat bagi mereka.

Jadi, dengan tulus ikhlasnya, saya akan mengajar anda semua beberapa tips dan petua untuk memujuk wanita. Tetapi ingat, keberkesanan tips dan petua ini masih tidak dapat disahkan oleh mana-mana pakar subjek matematik juga sains.


1. Bila awek mula mengamuk baling-baling barang.
= Cuba anda sambut apa yang dia baling dan dengan pantasnya anda baling semula tepat pada mukanya. Apabila muka dia sudah merah, itu menandakan dia malu.

2. Bila awek mula menjerit tak pasal-pasal menengking, membebel tanpa henti.
= Cuba anda beri mikrofon kepadanya. Anda kena ingat, dia menjerit tak tentu pasal itu semua kerana suaranya begitu kecil dan halus.

3. Bila awek mula tenung anda macam nak telan.
= Anda senyum saja pandang dia. Inilah masanya anda tunjuk betapa comelnya muka anda ketika senyum.

4. Bila awek ambil semua barang-barang dia; ingin lari dari rumah.
= Anda tolonglah kemaskan barang-barang dia sama-sama. Inilah masanya niat anda untuk berkahwin dua tercapai. Ingat! Jangan lupa beri dia duit tambang.

5. Bila awek mengangis akibat terlalu marah dan sakit hati.
= Anda cuba ambil gambarnya pada ketika itu. Secara automatik, dia akan tersenyum dan membuat 'peace'.

Selamat mencuba.





Saturday, March 6, 2010

Kombinasi Bina Binasa

Di satu petang yang kabut. Akak meminta adik menjahit seluar dalam bapa. Adik terpinga-pinga mendengarnya. Seribu tolak dua Adik fikirkan masalah yang dihadapi oleh Akak sehinggakan menyerahkan tugasan itu di saat akhir kepadanya. Walhal, bapa ingin melihat seluar dalamnya lagi dua jam.

“Gila ke?” soal adik di dalam hatinya. Bisikan pintu hati kegelapan sudah menguasai diri adik. Kesabaran yang melindungi hati telah pun pecah. Dengan sepantas cahaya adik memaki hamun akaknya sendiri tanpa memikirkan soal jantina dan umur.

Akak juga sudah berubah menjadi raksasa jepun, seperti di dalam cerita Ultraman selepas mendengar kata-kata adiknya itu. Masing-masing tidak dapat menguasai diri- peperangan melibatkan dua manusia, tidak termasuk penonton yang hadir.

“Kau memang bodoh dan kurang ajar!” marah akak sambil melihat cermin. Risau-risau terkeluar pula susuk yang dipakainya.

“Aku memang bodoh. Juga kurang ajar. Kenapa ya?” adik membalas dengan senyuman. Teringat pula adik dengan kata-kata akaknya seminggu lagi. Pada fikirannya, kenapa ingin menyerahkan kerja kepadanya sedangkan dia sendiri yang ingin melakukan kerja.

***

Adik masuk ke rumah jiran. Belum sempat adik memberi salam, bukan main banyak soalan yang ditanya oleh pengkritik-pengkritik rancangan realiti televisyen. Adik terduduk menggaru kepalanya. Dia runsing memikirkan apa yang telah terjadi.

Lembaga dewa janggut kepala botak muncul di belakangnya secara tiba-tiba. “Karam sambal oleh belacan” katanya kepada adik. Dewa janggut kepala botak terus hilangkan diri.

Mungkin bersambung~






Wednesday, March 3, 2010

Janji Tinggalkan Mimpi

Dalam seribu orang, hanya ada seorang saja yang boleh menepati janji. Bukan golongan ahli agama. Bukan golongan orang bijak pandai. Bukan golongan manusia berwawasan. Tetapi siapa? Cuba tanya diri sendiri, adakah kita pernah menunaikan janji? Jika pernah, adakah ianya kerana terpaksa? Jika ya, kenapa suka berjanji?

Baik burukkah dia? bijak bodohkah dia? kacak hodohkah dia? itu semua soal duniawi. Yang penting, sucikah hatinya? wangikah mulutnya? bersihkah dirinya? Sedikit pun tidak ada sifat kemanusiaan selain pentingkan diri sendiri. Tetapi, bagaimana pula dengan janji manis dahulu kala? Sudah tenggelam ditimbuni kerja? Pasrah-

Angan-angan kosong. Tin-tin kosong. Sama- mulut ternganga, isinya tiada. Habuk pun tarak. Alasan tak boleh pakai~

Entah apa yang mereka katakan dan entah apa yang mereka fikirkan. Jika itu sandiwara dunia, aku tetap menafikannya kerana itulah sikapnya.





Matanya Buta, Hatiku Ingin Berkata....

Puas sudah aku menasihatinya supaya tidak terburu-buru membuat keputusan. Risaukan pula dia tidak dapat mengawal diri untuk melalui segala halangan. Tapi, apakan daya jika tiada sebarang kepercayaan terhadap aku. Tidakkah dia perasan bahawa segala kelebihan juga kelemahannya sudah ku famahinya. Pabila sudah jatuh, janganlah pula dia saling menuduh sesama sendiri. Memang sudah terlambat jika dia hendak kesal dengan apa yang sudah terjadi.

Kini. Aku harapkan dia dapat bangun semula untuk menewaskan anak kecil yang degil di dalam hatinya. Memang kali ini aku tidak memandang dia lagi kerana aku inginkan dia berdikari dan pandai menilai diri sendiri sebagaimana pahlawan yang mati ingin hidup semula.

Akhir kata, padan muka.